Saturday, January 10, 2009
TEKA-TEKI TEKUK...................(*_^)
soalannya adalah seperti berikut...
1.Kalau masuk kandang kambing mengembek, apa nak buat
kalau kita masuk kandang harimau?
2.Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?
3.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini
memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way,
rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu.
Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?
4.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah
cerah?
5.Buta apakah yang boleh nampak?
6.Kalau semua binatang jadik ikan, ikan jadik apa?
7.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?
8.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik
putih?
9.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan
daging?
10.Kenapa idung lembu berair?
11.Burung apakah yang paling penyayang?
12.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?
13.Lembu apakah yang selalu dicari?
14.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua
sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang
yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?
15.Bom apakah yang tak pernah meletup?
16.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...
fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...
jawapannya adalah seperti berikut...
.
.
.
.
.
.
1.mengucaplah dua kalimah syahadat sebelum kena ngap.
2.ikan sardin cap ayam.
3.tak payah korang pikir camna monyet tu nak
selamatkan dirinya, banyak lagi masalah korang kena
pikir... umpamanya nak bercuti kat ner cuti sekolah
nih.
4.air hitam.
5.buta hati & buta perut.
6.ikan jadik banyaklah.
7.ikan kembung.
8.michael jackson.
9.singapura.
10.lembu tak tahu kesat idung dengan tisu... lagi satu
bau tuan dia (awak)... ahahahaha...
11.burung belatuk... sebab dia bela atuk.
12.motosikal & basikal... sebab dia ada tongkat.
13.lembu yang hilang.
14.kentut.
15.bomba & kuih bom.
16.teksi.
Saturday, January 3, 2009
PUYOK MELAUNG...
Sebenarnya blog ini masih baru..
saya masih dalam pembikinan lagi maklumlah newbies...
kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan semoga ALL MY BFF akan bahagia dan bahagia dan bahagia...
masih belum terlewat untuk saya katakan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009..
moga semua orang akan bertemu dengan jodoh masing-masing yang secocok, sedondon, dan sepasang...hahaha.
*** kalau ada apa-apa, silalah tulis kat ruangan chat ek...
ASKM....
Friday, January 2, 2009
SelaMAT TAhUN baRU...
Happy New Year
Happy New Year
If it didn't bring you joy
just leave it behind
Let's ring in the new year
with good things in mind
Let every bad memory
that brought heartache and pain
And let's turn a new leaf
with the smell of new rain
Let's forget past mistakes
making amends for this year
Sending you these greetings
to bring you hope and cheer
Happy New Year!
Thursday, January 1, 2009
Kerana kentut...(*_^)
Pada suatu hari, keaadaan di sebuah bas sangat sesak.. Ramai orang berada di dalam bas mini tersebut..Maka nak dijadikan cerita....naiklah seorang tua yang berkeadaan yang kurang menyenangkan hati si pemungut tambang bas tersebut. Si pemungut tambang tersebut pun memulakann tugasnyalah... setelah memungut tambang.... pungut punya pungut...
Si pemungut tambang tersebut telah terhidu satu angin yang kurang menyenangkan.. di dalam hati berkata,"Mungkin orang nie tak sengaja
melepaskan angin tersebut kot!.." sekali lagi Si pemungut tambang nie terhidu angin tersebut lagi...hampir sama baunya...tapi dia masih
boleh bersabar..dan sekali lagi dia terhidu angin tersebut...dengan garam nya ..Si pemungut tambang tersebut berkata,"Siapa orang yang
kentut tue, belum bayar tambang bas!!!!.." dengan terkejut, orang tua tadi menjawab "Sudah bah!"
Maka..orang tua tadi lah yang mengeluarkan angin kus kus tersebut.....
Eh, telefon sape ne??? ($_$)
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym...
Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut.
Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti
berikut...
"Hello?" "Abang, nie sayang nie,"
"emmm..."
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab
abang tu... Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang,
Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di
Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka
kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia
setuju nak bagi good price... lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.. ."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang
dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love
tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu... cantik kan bang..."
"Berapa harga yang mereka minta?"
"Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum
orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!
I Love You!!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone... sambil
mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang
ada dalam bilik tersebut :
"""ADA SESIAPA TAHU... HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"""
Angkat kain sikit kak...(%_*)
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu diperhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...
Teh RM 1.00 (*_^)
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia
memanggil pelayan....
"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"
Dengan muka bad word si pelayan menjawab..
"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya..."
Insafi diri... live ur life....
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik
yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan
mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam
dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBUSAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu
berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan
solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur
rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu
juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang
di
dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi
Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala
amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah..
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa
yang
kita dapat.."
*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....