Sebenarnya blog ini masih baru.. saya masih dalam pembikinan lagi maklumlah newbies... kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan semoga ALL MY BFF akan bahagia dan bahagia dan bahagia... masih belum terlewat untuk saya katakan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.. moga semua orang akan bertemu dengan jodoh masing-masing yang secocok, sedondon, dan sepasang...hahaha.
*** kalau ada apa-apa, silalah tulis kat ruangan chat ek... ASKM....
Pada suatu hari, keaadaan di sebuah bas sangat sesak.. Ramai orang berada di dalam bas mini tersebut..Maka nak dijadikan cerita....naiklah seorang tua yang berkeadaan yang kurang menyenangkan hati si pemungut tambang bas tersebut. Si pemungut tambang tersebut pun memulakann tugasnyalah... setelah memungut tambang.... pungut punya pungut...
Si pemungut tambang tersebut telah terhidu satu angin yang kurang menyenangkan.. di dalam hati berkata,"Mungkin orang nie tak sengaja melepaskan angin tersebut kot!.." sekali lagi Si pemungut tambang nie terhidu angin tersebut lagi...hampir sama baunya...tapi dia masih boleh bersabar..dan sekali lagi dia terhidu angin tersebut...dengan garam nya ..Si pemungut tambang tersebut berkata,"Siapa orang yang kentut tue, belum bayar tambang bas!!!!.." dengan terkejut, orang tua tadi menjawab "Sudah bah!"
Maka..orang tua tadi lah yang mengeluarkan angin kus kus tersebut.....
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym...
Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...
"Hello?" "Abang, nie sayang nie,"
"emmm..."
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu... Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price... lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.. ."
"Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000..." "O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu... cantik kan bang..." "Berapa harga yang mereka minta?" "Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..." "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!" "Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone... sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"""ADA SESIAPA TAHU... HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"""
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu diperhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh ais... Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan....
"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"
Dengan muka bad word si pelayan menjawab.. "takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya..."
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM. Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah.. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat..." *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....
Masih mentah dan masih belajar di ibukota Malaysia...
Masih sweet and charm dan masih lagi memegang status single...
Masih baik dan senantiasa akan baik
~~~
I used to be alive
but then I forgot how to be
left myself behind in the shadows
asleep and dreaming...;P